It’s been a really long while since I wrote in Malay. By Malay, I mean proper Malay. By proper Malay, I mean the standard of Malay emphasized by Cikgu Rahimah years ago. Not Malay that I self taught. And definitely not Malay made up by Suff. So it’ll be interesting to see now if 6 years on, my A2 in O levels is still justified. This is my honest attempt in trying to describe the day.
Hari ini hari Khamis. Hari bermula dengan biasa. Sejak kebelakangan ini, cuaca di Singapura sangat dingin. Ini menyebabkan saya bangun lebih lewat. Pada kebanyakan hari, saya sering bangun sebelum Subuh untuk membaca senaskah suratkhabar sebelum berlari anak anak sejauh 5 kilometer. Tetapi pada hari ini, tulang saya berasa berat dan saya berasa sangat seronok bergolek golek di atas katil yang lapang saya. Angin yang menyelinap juga menambah kepada kemalasan saya.
Walau bagainmanapun, saya dikejutkan deringan telepon bimbit saya yang bermain lagu ‘Hump de Bump’. Dengan serta merta, saya terbangun dari tidur saya yang lelap. Saya terus menjawab panggilan telefon dalam suara bak sardine saya. Rupa rupanya, ia adalah saudara saya. Dia telah berminta bahawa saya mengganti tempatnya dalam mengajar kelas Sains Menengah Dua pada pukul 730 kelak kerana dia ada rancangan lain.
‘Sains?’ saya berfikir kepada diri sendiri.
Sejak keputusan Khemistry peringkat A saya yang menghampakan namun padan muka, saya telah hilang segala harapan dalam kebolehan subjek Sains saya. Walau bagaimanapun, saya bersetuju juga untuk menggantinya kerana saya mempunyai sifat bantu membantu.
Saya telah berazam untuk membuat nota nota penting dalam subjek Prinsip Banking serta Finansi sebelum saya keluar rumah. Namun demikian, televisyen yang jahat dapat menggangu saya dan tujuan saya untuk belajar telah pun menyeleweng. Saya dapat melihat keputusan Idola Amerika sejenak sebelum beredar rumah.
Saya menaiki bas 963 dan sejak larian Mas Selamat dari banduan, terdapat kelembaban trafik yang teramat sangat di expreswe menuju ke arah Woodlands. Walaupun demikian, saya bersabar.
Pada pukul 730 tepat, saya tiba di dalam kelas. Keadaan menjadi huru hara apabila saya tidak dapat mencari buku-buku murid yang telah disimpan di dalam almari. Rupa-rupanya, ia terletak di satu korner. Saya terus bermula pengajaran saya dalam topik Digestima dan Sistem Pengangkutan dalam Benda Benda yang Hidup. Pada kebanyakan masa, saya membebel dan sendiri tidak memahami apa yang dikeluarkan mulut saya. Kelas tamat dua jam kemudian.
Sebelum saya pulang rumah, saya menyinggah pasar malam untuk membeli seburger Ramly. Inilah hari Khamis saya.(Empat ratus dan lima patah perkataan)
Sekian, terima kasih.
Ok that was more difficult than I expected. But I still think I can at least pass with that.
Friday, March 14, 2008
Pada suatu hari
Posted by
Zat
at
3/14/2008 12:53:00 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment