TOWNS

Saturday, March 15, 2008

Definitely not "seperti ketam mengajar anaknya berjalan dengan betul"

Akibat permohonan dari Aizat Amali, saya mengambil peluang emas ini untuk menampilkan kemahiran saya dalam berbahasa Melayu. Berkata bongkak sebegini bukan satu tabiat saya. Namun kali ini saya terpaksa mengabaikan prinsip yang dijunjung itu demi kebaikan kawan-kawan karib saya yakni Aizat dan Suffian. Seseorang insan harus mengambil langkah untuk memberi petunjuk kepada kedua-dua ekor kambing itu supaya mereka boleh memperbaiki pertuturan dan penulisan mereka yang kian tunggang-langgang dan berkecamuk. Saya mengasihani mereka dan tidak mahu mereka seperti orang buta kehilangan tongkat. Dalam perenggan berikut, saya akan memberi sebuah ringkasan mengenai kejadian-kejadian dan perbualan-perbualan kosong kami di Orchard Road petang tadi.


Melihatkan Zat dan Suff memulakan dengan “Hari ini”, saya pun akan ikut sama, bak pepatah yang tidak saya ketahui.


Hari ini hari Sabtu, hari yang berlalu dengan pantas seperti hari-hari yang lain. Cuaca pun tidak tentu, seperti hari sebelumnya, sekejap dingin dan sebentar lagi panas. Ahli-ahli TOWNS masih tanpa sate.


Setelah penat ke hulur ke hilir membeli-belah dan mencari sepatu, saya, Mus, Aizat dan Suff, membuat keputusan untuk pergi menjamu selera di Lido. Mendapati daerah di situ penuh sesak bukannya satu kejutan. Ia boleh dianggap satu kebiasaan kerana memang ramai orang yang beristirehat (wateva that means ah) di tempat itu. Jadi kami tidak mempunyai sebarang pilihan kecuali berkongsi meja dengan pasangan yang tidak hello langsung. Suff telah pun membeli makanan dari KFC, ataupun kefc menuruti Suff. Selepas disiku oleh Aizat, pasangan itu pun beredar dari tempat kami.


Sementara kami sedang makan, kami mendapat tahu bahawasanya kawan karib kami, Suffian Hakim, adalah seorang yang pekak, pekak badak gilsss. Adakah “Love Actually” boleh didengar sebagai “Jurassic Park”? Lepas itu, “Jurassic Park” didengar sebagai “Mus punya selipar” pula? Kan itu sungguh tidak munasabah? Kadangkala saya hairan mengapa kami semua masih boleh bersahabat dengan budak belo sebegitu.


Kami bersetuju untuk balik dari Orchard Road sebelum pukul sepuluh malam agar tidak akan terlepas perlawanan bolasepak yang disebarkan di televisyen.


Sampai disini sahajalah karangan yang sungguh membosankan ini. Saya mahu pergi menonton kelab bolasepak Liverpool kalah di tangan (atau kaki untuk situasi ini) kelab bolasepak Reading. Salam sejahtera kepada semua, dan selamat malam.

No comments: